twitter
rss

b_festival_kanak_kanak2011
Jom kita saksikan persembahan kanak-kanak dengan pelbagai persembahan yang menarik. Mungkin dapat hasilkan idea untuk dipraktikkan kepada murid-murid nanti..

Jom Dengar Cerita..

BATU BELAH BATU BERTANGKUP..





SI CAK SI POT




CERITA PENDEK KANAK-KANAK


Mari mengenal abjad
a b c d e f g h i j k l m n   o p q r s t u   v w x y z


Contoh Aktiviti Mengenal Abjad



Padanan Abjad.
Buat set kad-kad huruf kecil dan huruf besar. Minta kanak-kanak padankan huruf besar dan kecil. Kumpulan yang berjaya memadankan kad-kad huruf yang sama dengan banyak dikira pemenang. Permainan ini boleh menggunakan kad bersaiz daun terup dan dimainkan seperti permainan Happy Family.

Beg Abjad
Isikan beg plastik dengan gel rambut, krim bercukur, gam yang telah diwarnakan dengan pewarna makanan, atau sebarang bahan lain yang anda mudah temui. Biarkan kanak-kanak gunakan jari mereka untuk membuat huruf-huruf di atas bahagian luar beg. Mereka boleh kemudian goncang beg itu untuk menulis semula. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan tidak membuatkan kelas berselerak

Memburu Abjad.
Beri setiap kanak-kanak sekeping kad abjad. Minta mereka memburu abjad yang sepadan dengan kad yang mereka dapat di sekeliling bilik darjah, mencarinya di dalam majalah, atau buku-buku.

 Kad hilang.
Letak kad abjad di atas lantai. Minta kanak-kanak menutup mata mereka. Guru sorok sekeping kad dan minta kanak-kanak meneka kad mana yang hilang. Permainan ini boleh dibuat secara kumpulan kecil. Minta pasangan lawan untuk menutup mata kumpulan yang akan meneka. Jika berjaya, markah akan diberikan.Kumpulan yang terbanyak menjawab soalan dengan betul akan dikira sebagai pemenang





MENGENAL SUKU KATA


Perkataan   kv - kv
dadu                paku
mata                labu
satu                 sawi


Cuba baca:
dadu lada meja milo
sawi satu feri roda
paku sawi kera bola
labu nasi  lima  roti
raga beca tiga  lori

Frasa KV-KV
guli kaca  bola raga
buku baca  cili padi
kuku kaki  roda lori